• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 April 2026 | 05:43 PM

Ops Samseng Jalanan Miri: Mat Motor Kena Gempur Di Marina & Tanjong Lobang, 12 Jentera Disita

MIRI - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri berjaya menyita 12 buah motosikal dan menahan seorang penunggang lelaki dalam satu operasi bersepadu bagi membanteras gejala samseng jalanan di sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi.

Operasi yang bermula jam 11.00 malam Sabtu sehingga 5.00 pagi Ahad itu digerakkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Miri dengan kerjasama anggota Balai Polis Pusat Miri dengan memfokuskan kepada beberapa kawasan panas termasuk Jalan Piasau, Jalan Pujut, Tanjong Lobang, Tudan, Miri By Pass, dan kawasan Marina.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan, seramai 61 individu tempatan serta 25 buah motosikal telah diperiksa sepanjang tempoh operasi tersebut.

Hasil pemeriksaan rapi membawa kepada pengeluaran 70 keping saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas, antaranya termasuklah lesen tamat tempoh, tiada nombor pendaftaran, penggunaan plat 'fancy', tiada lesen memandu, ubah suai ekzos, serta ketiadaan cermin sisi.

"Dalam operasi yang sama, seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun telah ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana dikesan melakukan aksi merbahaya ketika menunggang. Selain itu, sebanyak 12 buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 60 akta yang sama bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut," jelas beliau.

Mengulas lanjut mengenai isu keselamatan jalan raya, ACP Mohd Farhan menyeru para pengguna agar sentiasa memandu dan menunggang secara berhemah.

Beliau turut memberi amaran tegas agar orang ramai tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan atau melakukan pengubahsuaian struktur asal kenderaan yang melanggar undang-undang.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PolisMiri #PDRMSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok