BAU - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau terus memperkasakan komitmen bagi memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam berada pada tahap optimum menerusi pelaksanaan Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah di sekitar Pekan Serikin, pagi tadi.
Operasi yang bermula pada jam 10.00 pagi itu memfokuskan kepada pemeriksaan mengejut serta rondaan pencegahan di beberapa kawasan tumpuan awam dan laluan strategik di sekitar pekan berkenaan.
Menurut kenyataan di Facebook rasmi Polis IPD Bau, dalam operasi tersebut, seramai 30 individu telah diperiksa manakala pemeriksaan turut dilakukan ke atas 25 buah kenderaan daripada pelbagai jenis.
Meskipun tiada sebarang tangkapan jenayah direkodkan sepanjang tempoh operasi, pihak polis telah mengeluarkan lima keping saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas sebagai sebahagian daripada tindakan perundangan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDBau
Back