• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 April 2026 | 02:14 PM

KCFC Tetapkan Sasaran Kejohanan Asia, Jadikan JDT Contoh Terbaik

Kuching – Pencapaian Johor Darul Ta'zim FC (JDT) ke pentas Asia menjadi pemangkin kepada Kuching City FC (KCFC) untuk mengorak langkah lebih jauh dalam arena bola sepak serantau.

Ketua jurulatih KCFC, Aidil Sharin Sahak, menyatakan hasrat jelas untuk membawa pasukan itu bersaing di peringkat lebih tinggi seperti AFC Champions League Elite (ACL Elite) dan AFC Champions League Two (ACL Two).

Usaha tersebut sekali gus bertujuan menempatkan nama KCFC dalam peta bola sepak Asia.

Menurut beliau, perkembangan pesat pasukan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini membuktikan kesungguhan semua pihak dalam membina asas pasukan yang kukuh.

Namun begitu, perjalanan ke tahap tersebut bukanlah mudah.

Walaupun pasukan dilihat berkembang dengan pantas, beliau menyedari bahawa untuk mencapai tahap seperti JDT memerlukan masa, perancangan rapi serta konsistensi yang tinggi.

Dalam masa sama, beliau berharap pasukannya dapat mencontohi pendekatan profesional dan mentaliti juara yang dipamerkan JDT, sambil membina identiti tersendiri sebagai wakil dari Malaysia, khususnya Sarawak.

Perjalanan ke pentas Asia mungkin masih panjang, namun dengan inspirasi daripada kejayaan JDT, KCFC tekad melangkah setapak demi setapak untuk merealisasikan impian tersebut.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor FC di Stadium Negeri Sarawak, malam tadi.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok