• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 April 2026 | 01:25 PM

Misi Belum Selesai, Layak ke Final Piala Malaysia Buka Lembaran Baharu KCFC

Kuching — Kejayaan mara ke final Piala Malaysia disifatkan sebagai permulaan penting kepada sesuatu yang lebih besar buat Kuching City FC (KCFC).

Ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata, perjalanan menuju ke pentas akhir kejohanan berprestij itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia menuntut kerja keras, pengorbanan dan semangat juang tinggi daripada setiap pemain.

Namun, di sebalik kejayaan itu, jelas kelihatan bahawa pasukan masih “lapar” untuk menang dan mahu pergi lebih jauh.

Menurutnya, situasi itu menggambarkan mentaliti juara yang semakin sebati dalam pasukan.

Dalam meraikan kejayaan tersebut, beliau menegaskan bahawa ia bukan hanya milik pemain di atas padang, tetapi juga hasil sokongan padu keluarga, pihak pengurusan dan para penyokong yang sentiasa berdiri di belakang pasukan.

Bagi beliau bersama barisan kejurulatihan dan pemain, aksi final bukan sekadar perlawanan, tetapi satu mimpi, misi dan peluang untuk mencipta sejarah baharu.

Kini, tumpuan beralih ke pentas final menentang pasukan gergasi, Johor Darul Takzim (JDT).

Namun bagi KCFC, tekanan itu bukanlah halangan, sebaliknya satu peluang untuk membuktikan bahawa mereka mampu berdiri sama tinggi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor FC di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok