• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 April 2026 | 11:42 PM

LCDA Terus Pace Pembangunan Ekonomi dan Kesejahteraan Rakyat Sarawak

KUCHING - Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) terus memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penglibatan aktif LCDA dalam sektor pertanian dan pembangunan tanah adat (NCR) telah membuka peluang ekonomi yang luas kepada pemilik tanah serta komuniti setempat.

Menurut beliau, LCDA bukan sahaja menguruskan ladang sendiri, malah bertindak sebagai ‘managing agent’ bagi memastikan kepentingan pemilik tanah sentiasa dilindungi, terutama dalam pelaksanaan pembangunan tanah NCR melalui konsep baharu dengan kerjasama pihak swasta.

Datuk Amar Awang Tengah berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri LCDA 2026 sempena Ulang Tahun Ke-45 LCDA di Dewan CATS, hari ini.

Tambahnya, LCDA kini turut dipertanggungjawabkan untuk membangunkan kawasan agropark sebagai inisiatif memperkukuh sektor pertanian moden.

Beberapa kawasan telah dikenal pasti dan dibangunkan dengan kemudahan lengkap bagi menarik penyertaan pelabur serta pengusaha tempatan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok