• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 April 2026 | 11:37 PM

MSS Sasar Peranan Lebih Besar Sebagai Pemangkin Seni Budaya Sarawak

KUCHING - Majlis Seni Sarawak (MSS) berhasrat memperkukuh peranannya bukan sekadar sebagai penganjur program, sebaliknya tampil sebagai pemangkin pembangunan seni budaya negeri serta pemudah cara industri kreatif yang lebih tersusun dan berimpak.

Ketua Pegawai Eksekutif MSS, Dr Suffian Jalet berkata dalam era baharu ini, organisasi perlu bergerak pantas dan kekal relevan.

Berucap pada Hari Terbuka Aidilfitri 2026 MSS di Kuching malam ini, beliau berkata seni dan budaya bukan lagi elemen sampingan, tetapi aset strategik yang mampu membentuk identiti negeri, memperkukuh perpaduan rakyat serta menjana ekonomi kreatif.

Menurut beliau, Sarawak memiliki kekayaan budaya yang luar biasa dengan 34 etnik yang direkodkan, kepelbagaian bahasa, adat resam, seni persembahan, kraftangan serta nilai budaya yang tinggi.

Katanya, ini bukan sekadar warisan sejarah, tetapi kekuatan masa depan yang mesti diurus, dipelihara dan dipasarkan dengan lebih berkesan.

Sehubungan itu, Dr Suffian memaklumkan bahawa MSS akan melaksanakan beberapa agenda transformasi bermula tahun ini, dengan fokus utama kepada pendigitalan data seni dan budaya negeri.

Antara inisiatif utama ialah mewujudkan pangkalan data digital seni dan budaya Sarawak yang akan berfungsi sebagai pusat rujukan rasmi negeri.

Tambah beliau, pangkalan data tersebut bukan sahaja akan memudahkan akses maklumat kepada masyarakat tempatan, malah boleh dimanfaatkan oleh pihak antarabangsa sebagai rujukan berkaitan seni dan budaya Sarawak.

Selain itu, MSS turut merancang untuk mengumpul serta menyusun maklumat berkaitan persatuan-persatuan seni yang aktif di seluruh negeri bagi memperkukuh jaringan dan kerjasama dalam industri kreatif.

Dr Suffian menegaskan, langkah tersebut diharap dapat memperkasa ekosistem seni budaya Sarawak secara menyeluruh serta memastikan warisan negeri terus kekal relevan dan berdaya saing pada masa hadapan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok