• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 April 2026 | 11:33 PM

SK Stass Terima Peruntukan RM150,000, Perkasa Sukan Sekolah

BAU – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol mengumumkan peruntukan berjumlah RM150,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Stass bagi menaik taraf kemudahan sukan serta memperkukuh pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah berkenaan.

Berucap pada Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Stass hari ini, beliau berkata peruntukan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa pembangunan sukan di peringkat akar umbi, khususnya bagi memastikan pelajar di kawasan luar bandar tidak ketinggalan menikmati kemudahan yang selesa dan berkualiti.

Menurutnya, penambahbaikan kemudahan itu diyakini mampu menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai atlet muda berpotensi tinggi pada masa hadapan.

Beliau turut menyatakan bahawa kejayaan atlet negara seperti Pandelela Rinong, Bertrand Rhodict Lises dan Philomena Dexclyn Siar yang berasal dari Parlimen Mas Gading wajar dijadikan inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengorak langkah dalam bidang sukan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok