• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 April 2026 | 11:30 PM

Hanya Cerita Dongeng! Kerajaan Sarawak Sangkal Dakwaan GPS Mahu 'Lawan' Di Sabah

KUCHING - Kerajaan Sarawak hari ini menegaskan bahawa dakwaan tular di media sosial yang mengatakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bakal bertanding di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang adalah berita palsu dan fitnah politik.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Informasi dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, menyifatkan hantaran yang tersebar di platform TikTok dan Facebook itu sebagai rekaan pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat untuk menimbulkan kekeliruan masyarakat.

Beliau menegaskan bahawa tiada sebarang bukti menunjukkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Kenyataan tersebut adalah cerita dongeng yang bertujuan mencetuskan salah faham antara masyarakat di Sabah dan Sarawak. Kepimpinan Sarawak tidak pernah berniat atau bertindak mencampuri urusan politik mahupun pentadbiran negeri-negeri lain di Malaysia," jelas beliau dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Menurut Abdullah, kepimpinan Premier Sarawak kini memberikan tumpuan sepenuhnya kepada agenda pembangunan negeri, termasuk memperkukuh ekonomi moden, memperluas infrastruktur, dan memastikan kebajikan rakyat terbela melalui dasar 'Sarawak First'.

Malah katanya, kerajaan negeri juga telah mengumumkan bantuan kewangan tambahan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan tekanan kos sara hidup ketika ini.

Beliau turut menambah bahawa sentimen politik negatif seperti itu hanya akan menjejaskan agenda pembangunan negara.

Tegasnya, Sarawak sentiasa bersedia untuk bekerjasama secara konstruktif dengan mana-mana negeri demi kesejahteraan bersama tanpa mencampuri urusan dalaman pihak lain.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #BeritaPalsu #AbdullahSaidol

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok