• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 April 2026 | 10:50 PM

Hilang Akal! Bapa Tergamak Heret Anak 16 Tahun Teman Beli Dadah Dicekup AADK Sri Aman"

SRI AMAN - Tindakan tidak bertanggungjawab seorang bapa yang tergamak mengheret anak remajanya berusia 16 tahun untuk menemani beliau membeli dadah terbongkar dalam satu operasi khas oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sri Aman, baru-baru ini.

Kegiatan yang menyedihkan itu dikesan menerusi Operasi Perdana Bil. 2/2026 yang dilaksanakan bermula 14 hingga 16 April lalu, di mana suspek dilihat seolah-olah hilang pertimbangan dan tidak menghiraukan masa depan anaknya demi memuaskan ketagihan sendiri.

Operasi itu diketuai oleh Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Negeri Sarawak, Mohamed Izuan Bin Abdul Rahman, dengan kekuatan seramai 4 pegawai dan 11 anggota.

Hasil serbuan di beberapa lokasi berisiko tinggi termasuk kawasan kampung dan pedalaman sekitar Sri Aman, Engkilili, serta Lubok Antu, pihak berkuasa berjaya menahan seramai 25 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan bahan terlarang.

Daripada keseluruhan tangkapan yang melibatkan 21 lelaki dan 4 wanita tersebut, hasil ujian saringan awal mengesahkan kesemua mereka positif pelbagai jenis dadah.

Pecahan kes menunjukkan seramai 20 individu positif Methamphetamine (Syabu), tiga orang positif Ketum (Mytragynine), manakala masing-masing seorang bagi penyalahgunaan Ketamine dan Ganja.

Kesemua suspek kini ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Pihak AADK Sri Aman dalam kenyataannya menegaskan komitmen berterusan untuk terus mempergiat operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan komuniti setempat kekal bersih daripada ancaman najis dadah serta menjamin kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Sumber: fb AADK Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #AADKSarawak #PerangiDadah

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok