• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 April 2026 | 04:14 PM

Sarawak Kekal Tarik Pelaburan Asing Walaupun Berdepan Ketidaktentuan Di Timur Tengah

KUCHING - Sarawak terus menunjukkan keupayaan menarik pelaburan asing walaupun berdepan ketidakstabilan politik di Timur Tengah yang memberi kesan kepada ekonomi global.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, keadaan geopolitik antarabangsa sememangnya tidak dapat dielakkan daripada memberi impak kepada aliran pelaburan, namun Sarawak masih berada dalam kedudukan yang kukuh.

Ketika diminta mengulas mengenai kesan ketidakstabilan di Timur Tengah terhadap aliran pelaburan negara terutama Sarawak, beliau menjelaskan, kerajaan negeri mengambil pendekatan tidak bergantung kepada satu pasaran sahaja dalam usaha menarik pelabur, sebaliknya memperluaskan jaringan ke pelbagai negara, khususnya di rantau Asia.

Menurut beliau, walaupun terdapat kesan secara langsung dan tidak langsung, minat pelabur terhadap Sarawak masih berterusan terutama dalam sektor pelancongan dan pembangunan hartanah.

Katanya lagi, secara umumnya, negara-negara di Asia masih menunjukkan minat untuk melabur di Sarawak.

Datuk Amar Awang Tengah berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri LCDA 2026 sempena Ulang Tahun Ke-45 LCDA di Dewan CATS, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok