KUCHING - Projek Pembangunan Bukit Assek di Sibu kini berada pada peringkat perancangan lanjut selepas kajian dan input daripada pelbagai pihak telah diperoleh.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ketika ini kerajaan negeri telah melantik perunding bagi melaksanakan kajian menyeluruh yang merangkumi pelbagai aspek termasuk keadaan tanah paya di kawasan terbabit.
Menurut beliau, kajian tersebut telah dimuktamadkan dan kini fokus diberikan kepada aspek pelaksanaan projek secara berperingkat.
Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan Sarawak memberi keutamaan kepada penyediaan infrastruktur asas di Sibu, selain menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam pembangunan kawasan tersebut.
Datuk Amar Awang Tengah berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri LCDA 2026 sempena Ulang Tahun Ke-45 LCDA yang berlangsung di Dewan CATS, hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back