SIBU - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas ditemui terperangkap di dalam tandas susulan kebakaran di sebuah hotel di Jalan Tukang Besi, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.53 pagi.
Mangsa dikenali sebagai Johnathan Goh Yow Chyang berusia 43 tahun.
Komander Operasi memberitahu kebakaran melibatkan sebuah bilik di tingkat bawah yang musnah terbakar sepenuhnya.
Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat seorang mangsa lelaki ditemui di dalam ruangan tandas dan disahkan meninggal dunia.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan susulan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back