• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 April 2026 | 12:06 PM

Ditemani Bapa Serah Diri: Pencuri Wayar Golden Square Kantoi Selepas Takut Disergah Orang Awam

BAU - Seorang pemuda yang cuba mencuri wayar di sebuah bangunan di Golden Square, di sini, akhirnya memilih untuk menyerah diri kepada pihak polis selepas beberapa hari melarikan diri ke Kuching.

Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 23 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau kira-kira jam 7.30 malam, Khamis lalu (16 April), selepas hadir menyerah diri dengan ditemani bapanya.

Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd. Haide Bin A. Rahman, memaklumkan bahawa dalam kejadian asal, suspek dipercayai cuba mencuri wayar pada suis utama bangunan berkenaan. Walau bagaimanapun, tindakannya itu gagal selepas disedari dan disergah oleh orang awam.

"Suspek yang ketakutan bertindak melarikan diri dan bersembunyi di Kuching selama beberapa hari sebelum akhirnya tampil ke balai polis untuk tindakan lanjut," jelas beliau.

Hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan memotong atau merosakkan kabel atau wayar elektrik.

Pihak polis turut memberi amaran keras bahawa tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan jenayah yang mengganggu ketenteraman awam dan harta benda.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDBau #PDRMSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok