PUTRAJAYA - Seorang eksekutif korporat warga Malaysia disahkan maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia, Khamis lalu (16 April).
Pihak berkuasa kini sedang menguruskan proses penghantaran pulang jenazah mangsa ke tanah air.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat daripada majikannya, mangsa dikenali sebagai Patrick Kee Chuan Peng, Ketua Pegawai Operasi (COO) di Kurnia Prima Nastari (KPN) Plantations.
Beliau berada di Kalimantan Barat atas urusan kerja semasa kejadian berlaku.
Kementerian Luar Negeri menyatakan bahawa Konsulat Malaysia di Pontianak telah menghulurkan bantuan konsular sewajarnya, termasuk menyelaraskan urusan dengan pihak berkuasa Indonesia, majikan mangsa, dan ahli keluarga bagi memudahkan urusan penghantaran pulang jenazah ke Malaysia.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #Wisma Putra #Bernama
Back