• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 April 2026 | 11:18 AM

Ingat Selamat Dalam Tandas, Buruh Ladang Dicekup Miliki Syabu di Stesen Minyak

MUKAH - Tindakan seorang lelaki warga tempatan yang cuba melepaskan gian di dalam tandas sebuah stesen minyak membawa padah apabila dia ditahan sepasukan polis dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah, pagi semalam (17 April).

Suspek yang berusia 34 tahun dan bekerja sebagai buruh ladang sawit itu ditahan kira-kira jam 10.50 pagi oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Bin Alias, mengesahkan bahawa hasil pemeriksaan ke atas suspek membawa kepada penemuan dua keratan tiub straw berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine (Syabu) dengan anggaran berat 0.54 gram.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan mengesahkan suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

"Suspek kini direman selama empat hari sehingga 22 April 2026 bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

DSP Muhamad Rizal menegaskan bahawa IPD Mukah amat komited dalam memerangi aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau dadah digesa menyalurkannya terus ke talian 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDMukah #OpsBersepadu

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok