• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 April 2026 | 10:30 AM

Lebih 580 Tapak SMART Sarawak Dilengkapi MOCN, Perkukuh Rangkaian Digital Negeri

Kuching – Semua tapak projek SMART oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) telah siap, dengan lebih 580 lokasi kini dilengkapi Rangkaian Teras Pelbagai Operator (MOCN).
 
Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Dato Ir Sudarnoto Osman berkata, pengguna kini boleh mengakses rangkaian SMART tanpa mengira operator atau kad SIM yang digunakan.
 
Menurut beliau, projek berkenaan menjadi asas penting kepada pembangunan ekonomi digital Sarawak, khususnya dalam usaha merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.
 
Istimewanya, MOCN yang diperkenalkan di Sarawak merupakan yang pertama di dunia melibatkan enam operator telekomunikasi.
 
Jelas beliau, Malaysia mempunyai pelbagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
 
Justeru, SDEC berperanan memastikan semua penyedia perkhidmatan dapat menggunakan rangkaian tersebut, sekali gus memperluas liputan kepada pengguna secara lebih menyeluruh.
 
Setakat ini, lebih 8,000 kediaman telah disambungkan dengan kemudahan gentian optik.
 
Sebelum ini, kelajuan rangkaian tanpa wayar sekitar 30 Mbps, namun melalui gentian optik ia kini mampu mencecah sehingga 100 Mbps.
 
Berikutan itu, beliau turut memaklumkan bahawa SDEC sedang menilai kemungkinan untuk meningkatkan kelajuan sehingga 300 Mbps tahun ini. 
 
Bagaimanapun, ia bergantung kepada permintaan di kawasan terlibat.
 
Beliau berkata demikian semasa ditemui media, pada Majlis Makan Malam Apresiasi Media di Kuching, malam tadi.
 
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok