• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 April 2026 | 10:24 AM

Penguasaan Bahasa Asing Perlu, Bahasa Kebangsaan Tetap Utama - Dr Hazami

Kuching – Mentaliti dan sikap dikenal pasti sebagai cabaran utama, dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
 
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari, mengakui bahawa kedudukan bahasa Melayu masih belum setara dengan bahasa asing lain.
 
Namun, beliau menegaskan bahawa bahasa hanyalah wahana penting dan bukan penentu kemajuan sesebuah negara.
 
Katanya, kunci ke arah itu terletak pada keyakinan rakyat, untuk mempercayai bahawa penggunaan bahasa sendiri mampu menjadi pemacu pembangunan.
 
Perkara itu terbukti apabila negara-negara maju seperti Perancis, China dan Jepun, terus mengekalkan penggunaan bahasa kebangsaan masing-masing.
 
Tegas beliau, penguasaan pelbagai bahasa tidak seharusnya menghakis kecintaan terhadap bahasa kebangsaan.
 
“Penguasaan bahasa lain adalah satu keperluan, tetapi menguasai dan mencintai bahasa kebangsaan merupakan satu kewajipan,” katanya.
 
Tambah beliau, bahasa Melayu merupakan asas jati diri dan identiti negara yang perlu dipelihara oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PUSAKA 2026 di Kuching, hari ini.
 
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok