• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 April 2026 | 04:48 PM

17 Tahun Perjalanan, Sarawak Delta Geopark Hampiri Pengiktirafan UNESCO

Kuching – Sarawak Delta Geopark dijangka diluluskan secara rasmi hujung bulan ini, sekali gus menamatkan perjalanan panjang hampir 17 tahun ke arah pengiktirafan itu.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, pengiktirafan itu menyusul selepas penerimaan secara lisan daripada pihak UNESCO, yang bersetuju memperakui Sarawak Delta Geopark.

Keputusan rasmi dijangka dimuktamadkan pada 23 April ini di Paris, Perancis, manakala majlis penyerahan sijil pengiktirafan pula dijadualkan pada 27 April.

Menurut beliau, inisiatif menjadikan Sarawak sebagai geopark bermula sejak 2009 dan diperkukuh secara berterusan mulai 2019 bagi memenuhi kriteria ketat yang ditetapkan UNESCO.

Tempoh hampir dua dekad itu mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memastikan kawasan berkenaan memenuhi aspek pemuliharaan geologi, biodiversiti dan penglibatan komuniti setempat.

Sarawak Delta Geopark bukan sahaja menonjolkan kepentingan warisan geologi, malah mengangkat elemen biosfera, di samping memperkukuh peranan komuniti dalam pembangunan mampan.

Dengan pengiktirafan tersebut, Sarawak bakal muncul sebagai lokasi geopark keempat di Malaysia.

Ia sekali gus memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi dan warisan budaya.

Status tersebut juga dijangka menjadi pemangkin kepada promosi Kuching dan Sarawak secara keseluruhan sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PUSAKA 2026 di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok