• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 April 2026 | 03:53 PM

Dua Lelaki Ditahan, Lebih 1KG Ganja Dirampas Di Universiti Awam Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN – Dua lelaki termasuk seorang warga asing ditahan disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah universiti awam pada 16 April lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Barry William dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedua-dua suspek berusia 27 dan 23 tahun itu diberkas hasil risikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Kota Samarahan.

Menurut beliau, serbuan di kawasan universiti tersebut membawa kepada penemuan dadah disyaki jenis ganja seberat 1,095.01 gram yang dianggarkan berjumlah RM3,285.30.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua suspek telah ditempatkan di Lokap Balai Polis Kota Samarahan dan akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok