• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 April 2026 | 02:05 PM

PUSAKA Rancang Bangunkan Taman Perabot, Tarik Pelaburan dan Perkasa Industri Kayu

Kuching – Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) merancang membangunkan sebuah taman perabot, sebagai langkah strategik untuk menarik pelaburan serta memperkukuh industri kayu negeri.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek itu akan dimulakan di Kuching, sebelum diperluaskan ke Tanjung Manis untuk fasa seterusnya.

Menurut beliau, penyediaan kawasan industri khusus dengan kemudahan lengkap adalah penting bagi memenuhi keperluan pelabur.

Ia sekali gus meningkatkan keyakinan mereka untuk melabur di Sarawak.

Beliau berkata, industri perabot di Sarawak ketika ini masih belum berkembang secara optimum, walaupun negeri ini mempunyai potensi besar untuk menghasilkan produk bernilai tinggi.

Sehubungan itu, pembangunan taman perabot tersebut dilihat sebagai pemangkin utama untuk merangsang pertumbuhan industri, selain meningkatkan nilai tambah kepada sumber sedia ada.

Tambah beliau, tapak bagi projek berkenaan telah dikenal pasti dan kini hanya menunggu peruntukan bajet untuk dilaksanakan.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan potensi besar buluh sebagai bahan alternatif yang mampu menyokong pembangunan industri perabot pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media, pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PUSAKA 2026 di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok