• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 April 2026 | 10:58 AM

Padah Miliki Dadah, Penganggur Ditahan Narkotik IPD Mukah di Selangau

MUKAH - Seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai "tegar" dengan aktiviti jenayah gagal meloloskan diri apabila ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah di Pekan Selangau, Selasa lalu 14 April.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.50 pagi itu, suspek berusia 33 tahun tersebut ditahan di kawasan parkir kenderaan di hadapan sebuah premis perniagaan.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal bin Alias, mengesahkan hasil pemeriksaan ke atas suspek membawa kepada penemuan satu keratan tiub straw lutsinar yang mengandungi ketulan kristal, disyaki dadah jenis Methamphetamine (Syabu) seberat kira-kira 0.39 gram.

"Suspek yang tidak bekerja itu kemudiannya dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut. Hasil ujian urin mengesahkan suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine," jelas beliau dalam kenyataan media.

Semakan lanjut pihak polis mendedahkan suspek bukanlah orang baharu dalam dunia jenayah, sebaliknya mempunyai enam rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah lain.

Suspek kini direman selama dua hari sehingga 17 April 2026 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Memiliki dadah) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Penyalahgunaan dadah).

DSP Muhamad Rizal menegaskan bahawa IPD Mukah akan terus komited dalam membanteras segala aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah tersebut. Orang ramai yang mempunyai maklumat digesa menyalurkannya terus melalui talian 084-871222 atau ke balai polis berhampiran.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PolisMukah

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok