• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 April 2026 | 10:30 AM

Diesel Nadi Kehidupan: MOF Kekalkan Harga RM2.15 Selitar di Sabah, Sarawak dan Labuan

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan harga diesel di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal pada RM2.15 seliter bagi memastikan kelangsungan aktiviti harian serta ekonomi penduduk di wilayah berkenaan tidak terjejas.

Keputusan itu dibuat memandangkan diesel bukan sekadar bahan api pengangkutan, malah merupakan nadi kehidupan utama bagi penduduk di Malaysia Timur 

Menerusi kenyataan di akaun Facebook rasmi kementerian semalam (15 April), MOF menjelaskan bahawa keluasan geografi Sabah, Sarawak, dan Labuan adalah 60 peratus lebih besar daripada Semenanjung selain bentuk muka bumi yang mencabar, menjadikan penduduk di sana lebih bergantung kepada diesel berbanding kawasan lain. 

Jelasnya lagi, antara faktor utama harga diesel dikekalkan pada kadar subsidi termasuklah kekangan akses ke kawasan pedalaman yang mempunyai bentuk muka bumi mencabar sehingga memaksa penduduk bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan air dan kenderaan pacuan empat roda.

Selain itu, diesel turut menjadi sumber tenaga utama bagi penjanaan elektrik di kawasan luar bandar yang belum mendapat liputan infrastruktur menyeluruh, di samping peranannya yang kritikal dalam memacu aktiviti ekonomi setempat seperti sektor perikanan dan pengangkutan barangan.

MOF memaklumkan penggunaan diesel di ketiga-tiga wilayah tersebut dianggarkan mencecah dua bilion liter setahun.

Pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar ini menekankan prinsip kesamaratan bagi memastikan agihan bantuan kerajaan benar-benar memberi kesan positif kepada rakyat yang memerlukan," kata kementerian tersebut.

Langkah ini dilihat sebagai komitmen berterusan kerajaan untuk mengimbangi pengurusan fiskal negara tanpa mengabaikan kebajikan rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman Borneo.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MOF #HargaDiesel #SubsidiBersasar

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok