• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 April 2026 | 10:14 AM

Kes Pecah Kedai Runcit di Tatau: Tiga Lelaki Didakwa Miliki, Lupus Harta Curi

BINTULU - Tiga lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bintulu semalam (15 April) atas siri pertuduhan menyimpan dan melupuskan harta curian susulan kes pecah kedai runcit di Tatau yang dilaporkan pada awal April lalu.

Memetik sumber daripada laman Facebook rasmi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di lokasi berasingan di sekitar daerah Tatau.

Kesemua tertuduh berdepan pertuduhan bersama di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki harta curian, selain turut berdepan pertuduhan tambahan di bawah Seksyen 414 kanun yang sama atas kesalahan melupuskan barangan berkenaan yang dipercayai hasil pecah kedai runcit di KM 12, Jalan Tatau-Sangan pada 6 April lalu.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tuan Galvin Loo Wei Ming. Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Mahkamah menetapkan 27 April 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes yang akan dijalankan semasa sidang litar mahkamah di Tatau.

Meskipun mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin tempatan bagi setiap tertuduh, kesemua mereka gagal menjelaskan bayaran tersebut. Susulan itu, mereka dihantar ke Pusat Koreksional Bintulu untuk menjalani tahanan reman sehingga tarikh sebutan kes.

Untuk rekod, sabit kesalahan di bawah Seksyen 411 boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, manakala Seksyen 414 memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali. 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JSJSarawak #PDRMSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok