• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 April 2026 | 09:53 AM

Derita Cinta TikTok: Pesara Wanita di Miri Rugi RM1.17 Juta Ditipu Warga Asing

MIRI - Seorang pesara swasta wanita berusia 64 tahun berputih mata selepas wang simpanannya berjumlah lebih RM1.17 juta lebur akibat diperdaya sindiket penipuan 'Love Scam' yang bermula dari aplikasi TikTok.

Menurut kenyataan yang dimuatnaik di Facebook rasmi, Ketua Polis Daerah Miri mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa semalam (15 April), selepas warga emas tersebut menyedari dirinya menjadi mangsa tipu daya lelaki yang menyamar sebagai warganegara asing.

Katanya, perkenalan mangsa dan suspek bermula di laman sosial TikTok sebelum beralih ke aplikasi WhatsApp. Suspek menggunakan taktik licik dengan mempamerkan wajah kacak (gambar milik orang lain) serta dokumen peribadi yang telah disunting bagi membina kepercayaan mangsa.

Suspek kemudiannya mula menabur janji dengan mendakwa telah mendapat kelulusan satu projek cari gali, namun kononnya menghadapi masalah akaun bank disekat. Mangsa diminta membuat bayaran pendahuluan bagi kos projek tersebut dengan janji akan dibayar balik menggunakan mata wang Dolar AS (USD).

Akibat terpedaya dengan janji manis dan pulangan lumayan, mangsa bertindak melakukan pemindahan wang secara besar-besaran melibatkan 59 transaksi ke sembilan akaun pihak ketiga (akaun keldai) yang berbeza sehingga mengakibatkan kerugian mencecah RM1,173,700.00.

Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas menceritakan perkara tersebut kepada ahli keluarga sebelum tampil membuat laporan polis.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Menipu) dan jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, sebat, dan dikenakan denda.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #LoveScam #PDRMSarawak #ScamAlert

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok