LUBOK ANTU - Seorang pemuda berusia 20-an tidak sempat meloloskan diri apabila ditahan pihak polis dalam operasi "Ops Tapis Khas" di Jalan Lubok Antu, Ahad petang, 12 April.
Suspek ditahan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu selepas dikesan berada dalam keadaan mencurigakan dan dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek mengesahkan pemuda tersebut positif dadah jenis Methamphetamine.
Susulan itu, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau hukuman penjara tidak melebihi dua tahun.
Sumber: fb IPD Lubok Antu
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDLubokAntu #OpsTapis
Back