BAU - Pasukan Polis Daerah Bau berjaya menahan tiga lelaki tempatan dalam satu operasi terancang yang dijalankan di dua lokasi berasingan, iaitu Kampung Skibang dan Kampung Serasot, Selasa petang 14 April.
Operasi pembersihan aktiviti penyalahgunaan dadah ini berlangsung selama enam jam, bermula jam 1.00 petang sehingga 7.00 malam.
Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd Haide A. Rahman, memaklumkan bahawa suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 34 hingga 60 tahun.
Hasil ujian saringan awal air kencing mengesahkan ketiga-tiga suspek positif dadah. Ekoran itu, mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk tindakan lanjut.
Sumber: fb Polis IPD Bau
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMBau
Back