KUCHING - Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak Berhad (SDEC) semalam melancarkan empat premis baharunya yang terletak di Pusat Komersial Royal Bay, Pending.
Menerusi satu kenyataan hari ini, SDEC memberitahu ia adalah sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan ekonomi digital negeri ini.
Kemudahan baharu tersebut merangkumi Pusat Operasi Rangkaian (NOC), Pusat Operasi Teknikal (TOC), Makmal Prototaip IR4.0 yang diperluas, serta kemudahan storan khusus.
Ia direka sebagai hab operasi bersepadu yang menghimpunkan fungsi-fungsi kritikal dalam satu ekosistem yang menyeluruh.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back