KUALA LUMPUR - Airbus melihat Sarawak mempunyai potensi besar dalam usahanya bukan sahaja sebagai hab penerbangan domestik, malah sebagai hab penerbangan serantau dalam persekitaran perkembangan positif mengenai penubuhan AirBorneo.
Presiden Airbus Asia-Pasifik Anand Stanley berkata syarikat pengeluar pesawat itu optimis terhadap potensi pertumbuhan jangka panjang Sarawak dan menyatakan sokongan kukuh terhadap usaha itu terutama dalam sektor penerbangan dan industri berkaitan.
Beliau berkata usaha strategik Sarawak bukan sahaja tertumpu kepada hubungan domestik malah peranan yang lebih besar dalam penerbangan serantau.
Menurut Stanley, Airbus turut terbuka untuk bekerjasama dalam pembangunan sektor penerbangan Sarawak.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back