SERIAN - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu dipercayai hilang kawalan dalam kemalangan kendiri di Bukit Sabal, Jalan Pan Borneo Sri Aman–Serian, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.26 pagi.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Phil Mckenze anak Demas, 26 tahun.
Anggota Bomba yang tiba di lokasi kejadian bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu menggunakan peralatan khas.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back