KUCHING- Lima lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar kawasan Kota Sentosa dan Batu Kawa, petang semalam.
Menerusi hantaran di Facebook Polis IPD Padawan, kesemua suspek yang ditangkap berusia dalam lingkungan 22 tahun sehingga 39 tahun.
Dalam operasi itu, dua daripada suspek ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki ketulan-ketulan kristal yang dipercayai dadah jenis syabu.
Ujian saringan awal air kencing kelima-lima suspek didapati positif dadah serta kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back