• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 April 2026 | 03:03 PM

Sindiket Dadah Miri Tumpas: Lelaki Ditahan Rampasan MDMA Lebih RM630,000

MIRI - Polis Sarawak berjaya melumpuhkan satu rangkaian pengedaran dadah di Miri susulan penahanan seorang lelaki tempatan dan rampasan dadah bernilai lebih RM630,000 dalam dua serbuan berasingan, pada 5 April lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, mengesahkan bahawa serbuan pertama yang dilakukan di kawasan Desa Murni, Bandar Baru Permyjaya, membawa kepada penangkapan suspek berusia 33 tahun bersama dadah disyaki jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 150 gram.

Bertindak atas maklumat yang diperolehi daripada suspek, pasukan polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah di Lorong Murni, Desa Murni di kawasan yang sama.

Hasil pemeriksaan di lokasi kedua tersebut menemui dadah disyaki jenis MDMA dengan anggaran berat 3.37 kilogram dengan nilai keseluruhan rampasan RM634,687.50.

ACP Mohd Farhan berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

"Polis kini giat memburu saki-baki ahli sindiket yang masih bebas bagi memastikan rangkaian ini dapat dilumpuhkan sepenuhnya," tegas beliau menerusi satu kenyataan hari ini.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #PolisMiri 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok