• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 April 2026 | 08:21 AM

Pastikan Jalan Raya Selamat: BSPT IPD Bau Laksana Op Bersepadu di Jalan Bau/Lundu & Bau/Batu Kawa

BAU - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Bau telah melaksanakan Op Bersepadu yang menyasarkan kenderaan perdagangan dan motosikal di dua lokasi utama iaitu Jalan Bau/Lundu serta Jalan Bau/Batu Kawa pada Isnin 13 April.
 
Operasi ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan tahap pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan pengguna, selain memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara di kawasan strategik tersebut.
 
Dalam pemeriksaan ke atas pelbagai kenderaan dan individu, sebanyak 16 saman telah dikeluarkan bagi pelbagai jenis kesalahan. Antara kesalahan utama yang dikesan termasuklah ubah suai ekzos (motosikal), tiada cermin sisi, tidak memakai tali pinggang keledar dan muatan tidak kemas (kenderaan perdagangan).
 
Pihak polis mengesahkan tiada sebarang tangkapan atau sitaan kenderaan dilakukan sepanjang operasi berlangsung. Keadaan di lokasi terkawal dan operasi tamat dengan lancar.
 
Orang ramai, khususnya penduduk sekitar Bau, dinasihatkan agar sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat serta mematuhi peraturan yang ditetapkan demi keselamatan bersama.
 
Sumber: fb Polis IPD Bau 
 
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok