• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 April 2026 | 04:35 AM

Bekalan Diesel Negara Stabil: KPDN Tegaskan Gangguan Hanya Isu Logistik

KUCHING - Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan diesel di seluruh negara adalah mencukupi dan stabil. Walau bagaimanapun, langkah penguatkuasaan akan terus diperkukuh bagi memastikan tiada sebarang ketirisan berlaku dalam rantaian bekalan, terutamanya ketika mendepani situasi ketidaktentuan global masa kini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, menjelaskan bahawa beberapa laporan mengenai gangguan bekalan sebelum ini hanyalah bersifat terpencil.

Beliau menegaskan isu tersebut berpunca daripada kekangan logistik dan bukannya masalah kekurangan stok di peringkat nasional.

"Terdapat kelewatan penghantaran ke pelabuhan serta depoh, namun isu-isu ini telah dan sedang ditangani dengan segera. Orang ramai digalakkan menyalurkan aduan secara rasmi melalui platform KPDN sekiranya mendapati mana-mana stesen minyak mengalami kekurangan bekalan," katanya.

Datuk Amirzan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Sentuhan Kasih dan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di Kampung Bratan, Kuching, pada Isnin 13 April.

Selain menyentuh isu bahan api, Datuk Armizan turut memaklumkan bahawa kerajaan akan terus memperkukuh PJRM sebagai mekanisme intervensi utama bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok