• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 April 2026 | 10:56 PM

7,320 Siri Program Jualan Rahmah MADANI Dilaksana Setakat Mac, Liputi 600 DUN Seluruh Negara

Padawan – Setakat Mac 2026, sebanyak 7,320 siri pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) telah diadakan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Sarawak mencatatkan pelaksanaan yang signifikan dengan 775 siri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan PJRM kini merangkumi 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Menurut beliau, setiap kawasan DUN akan melaksanakan program tersebut sekurang-kurangnya tiga kali sebulan.

Katanya, PJRM merupakan satu mekanisme intervensi kos sara hidup yang berkesan dalam mendepani impak krisis di Asia Barat.

Beliau menjelaskan, ia mengambil kira risiko terhadap rantaian bekalan serta peningkatan kos logistik yang boleh mempengaruhi harga barangan.

Sehubungan itu, pelaksanaan PJRM bertujuan memastikan tiada golongan tercicir daripada menikmati akses kepada barangan keperluan asas pada harga berpatutan.

Beliau berkata demikian samasa ditemui media selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih Jualan MADANI di Padawan, hari ini.

Untuk rekod, PJRM menawarkan diskaun antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa bagi barangan keperluan asas.

Antara barangan tumpuan termasuk beras, minyak masak, gula, tepung, telur, ayam serta pelbagai barangan makanan harian lain.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok