• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 April 2026 | 03:25 PM

Tragedi Berburu di Tinjar: Pemuda Maut Tertembak Rakan Sendiri Disangka Rusa

MIRI - Niat sekumpulan lelaki untuk membawa pulang hasil buruan berakhir dengan tragedi memilukan apabila salah seorang daripada mereka maut akibat tertembak rakan sendiri dalam kejadian di kawasan Long Tabing Atas Jaya, Tinjar, Baram, Khamis lalu.

Mangsa yang berusia 20 tahun dan bekerja sebagai penuai kelapa sawit, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian rusuk kanan.

Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Nor Aizan Jamil mendedahkan bahawa kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam pada 9 April lalu. Mangsa bersama tiga lagi rakan, termasuk seorang warga emas berusia 63 tahun, telah keluar berburu dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Setibanya di lokasi, suspek utama mendakwa ternampak kelibat seekor rusa dan segera turun dari kenderaan untuk menjejaki haiwan tersebut. Mangsa bersama dua rakan lain kekal berada di dalam kenderaan sambil memberikan bantuan cahaya menggunakan lampu suluh.

"Selepas kira-kira 10 minit berjalan dan berada pada jarak sekitar 80 meter, suspek ternampak cahaya kecil berpinar yang disangkanya mata rusa, lalu melepaskan satu das tembakan ke arah cahaya berkenaan," kata DSP Nor Aizan dalam satu kenyataan.

Sejurus tembakan dilepaskan, suspek menyedari isyarat kecemasan daripada arah kenderaan dan terkejut mendapati mangsa telah terkena tembakan di bahagian rusuk kanan.

Walaupun mangsa sempat dikejarkan ke Klinik Kesihatan Long Lama, beliau disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 9.52 malam.

Susulan insiden tersebut, suspek utama bersama dua rakan lain telah tampil menyerah diri di Balai Polis Long Lama.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 42 hingga 63 tahun kini direman selama tujuh hari sehingga 17 April ini bagi membantu siasatan lanjut.

Pihak polis juga akan menjalankan saringan air kencing terhadap semua suspek dan mendapatkan bantuan pasukan forensik bagi melengkapkan siasatan kes.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Miri untuk proses bedah siasat.

Sumber: Utusan Borneo, fb Sarawak Daya Hub

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok