LUBOK ANTU - Polis Sarawak terus memperhebatkan perang terhadap ancaman syabu dan pil khayal di peringkat daerah.
Di Lubok Antu, seorang lelaki kini berdepan tindakan undang-undang selepas ditahan dalam satu operasi narkotik, pada Sabtu 11 April.
Suspek yang berusia lewat 20-an itu diberkas oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu di kawasan Jalan Bukong.
Menurut kenyataan IPD Lubok Antu di laman Faebook rasmi, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back