KUCHING – Polis Daerah Padawan sedang giat mengesan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang sejak 8 April lalu di kawasan Kampung Temenggong, Jalan Matang–Telaga Air.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi dalam kenyataan berkata laporan kehilangan tersebut diterima oleh Balai Polis Batu Kawa pada jam 4.55 petang semalam.
Remaja berkenaan, Nursofea binti Jamari, kali terakhir dilihat memakai t-shirt lengan panjang berwarna coklat dan seluar jean hitam.
Operasi pengesanan sedang dijalankan, dan pihak polis meminta kerjasama orang awam untuk tampil menyalurkan maklumat sekiranya mempunyai petunjuk berkaitan keberadaan mangsa.
Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Yusman bin Jemain di talian 019-8866740 atau Bilik Gerakan IPD Padawan di 082-862233.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back