• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 April 2026 | 11:00 AM

PERKIM Lundu Perkukuh Ukhuwah Dalam Majlis Kasih Ukhuwah Syawal

LUNDU – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Lundu telah menganjurkan Majlis Kasih Ukhuwah Syawal di Retreat Lundu yang dihadiri ahli-ahli PERKIM serta komuniti setempat.

Majlis tersebut bertujuan mengeratkan silaturahim dan meraikan Syawal dalam suasana penuh kemesraan.

Ia turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi PERKIM Cawangan Lundu, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu.

Dalam majlis sama, turut diadakan penyampaian Sijil Lantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi sebagai simbol pelantikan kepimpinan baharu yang akan memperkukuh gerak kerja dakwah dan kebajikan di daerah Lundu.

Dalam ucapan beliau, Datin Patinggi Jamilah Anu menekankan kepentingan amanah dan komitmen barisan kepimpinan baharu dalam melaksanakan tanggungjawab serta mendekati masyarakat melalui program berimpak positif.

PERKIM Cawangan Lundu kekal komited melaksanakan aktiviti kebajikan, pendidikan agama dan bantuan sosial kepada masyarakat setempat selaras dengan matlamat PERKIM di peringkat kebangsaan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok