SARIKEI – Tindakan pantas seorang pemilik kenderaan menggunakan dua alat pemadam api berjaya mengawal kebakaran melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard di No. 69, Lorong 2, Jalan Tung Yee, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.14 pagi.
Kenderaan yang diparkir di belakang rumah itu dilaporkan terbakar dan mengalami kerosakan kira-kira 50 peratus.
Punca kebakaran masih disiasat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back