KUCHING - Seorang wanita cedera selepas terlibat dalam kemalangan berantai yang melibatkan tiga buah kenderaan di Batu 10, Jalan Kuching-Serian, pada pagi tadi.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 8.27 pagi.
Mangsa yang berusia 44 tahun dan memandu sebuah Perodua Alza telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, pemandu kereta Proton X50 dan Perodua Bezza dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian bagi menghapuskan sisa tumpahan minyak di atas jalan raya.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back