SHAH ALAM - Kos rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD) tahap akhir di Malaysia mencatat peningkatan mendadak kepada RM3.3 bilion setahun ketika ini berbanding RM572 juta pada 2010 susulan, pertambahan kes saban tahun.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata situasi itu mencerminkan beban kewangan yang semakin besar kepada negara selain memberi kesan mendalam kepada kehidupan pesakit.
Pada 2010, Malaysia membelanjakan RM572 juta untuk rawatan CKD tahap akhir namun hari ini jumlah itu telah melonjak kepada RM3.3 bilion setiap tahun.
Berucap pada satu majlis di Shah Alam, beliau berkata beban ini bukan sahaja meragut kualiti hidup pesakit tetapi turut menjadi tekanan kewangan yang amat berat kepada negara.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back