KUCHING - Biografi Laila Taib – Her Journey of Love and Compassion dirasmikan pada satu majlis di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini.
Naskah yang mengisahkan perjalanan hidup isteri kepada mantan Ketua Menteri Sarawak ke-4 Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud itu membawa pembaca menyelusuri zaman kanak-kanaknya di Poland ketika perang, penghijrahan keluarganya ke benua Australia untuk kehidupan yang lebih baik, dan bagaimana takdir membawa beliau ke pulau Borneo dan mendedikasikan seluruh hidupnya di bumi Sarawak.
Biografi tulisan Christina Thomas-Mamora itu menunjukkan sisi Datuk Amar Laila Taib yang tidak pernah diketahui ramai, termasuk peranan beliau dalam usaha memajukan Sarawak menerusi pertubuhan bukan kerajaan seperti PERKIM, SABATI, PERYATIM dan banyak lagi.
Berucap pada majlis itu, anak beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia dan Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib berkata menerusi biografi itu membuatkan beliau lebih mengenali dan memahami Allahyarhamah ibunya.
Katanya, semua jasa dan peranan Datuk Amar Laila kepada negeri ini menerusi kerja-kerja amal Allahyarhamah bukan hanya melibatkan anggota keluarganya.
“Mereka yang telah bersama-sama bekerja dengan beliau semasa hayatnya, boleh meneruskan legasinya untuk membawa perubahan dan membangunkan Sarawak,” kata Dato Hanifah.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back