BAU – Empat lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu operasi di Jalan Kampung Suba Buan sekitar jam 10.30 hingga 11.45 malam, semalam.
Ketua Polis Daerah Bau Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek berusia 20 hingga 40 tahun, positif dadah.
Keempat-empat suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back