• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

11 April 2026 | 08:53 AM

Bantu Rakyat Tangani Kos Sara Hidup: Premier Sarawak Bayang Umum Bantuan Besar Minggu Depan

LIMBANG – Kerajaan Sarawak dijadualkan mengumumkan inisiatif bantuan baharu pada minggu hadapan bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup pada masa kini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa bantuan tersebut melibatkan peruntukan kewangan yang besar, namun mampu dilaksanakan hasil kedudukan ekonomi negeri yang stabil.

Menurut beliau, perincian mengenai mekanisme dan kategori bantuan tersebut hanya akan didedahkan selepas mesyuarat Kabinet Negeri pada minggu depan.

"Insya-Allah saya akan umum, ada lagi bantuan diberi minggu depan. Disebabkan keadaan 'cost of living' (kos sara hidup) masa kini, perinciannya akan saya umumkan selepas mesyuarat kabinet kerana ia memerlukan kewangan yang besar.

"Namun, Alhamdulillah, kita mampu melaksanakannya dengan dana yang ada pada hari ini," jelas beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat di Dewan Suarah Limbang, Jumaat malam 10 April.

Selain berita bantuan rakyat, Premier Sarawak turut mencetuskan keterujaan apabila membayangkan pengumuman kaedah baharu penjanaan ekonomi yang dijangka memberi pulangan lumayan kepada perbendaharaan negeri.

Strategi ekonomi tersebut dijangka akan diperincikan secara rasmi semasa majlis perasmian Program Sarawakku Sayang 2026 di Limbang pada hari Sabtu.

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok