LUNDU - Pemilik tanah pertanian terbiar atau tidak digunakan lagi diharap dapat mempertimbangkan untuk menyewakan tanah mereka bagi memastikan kawasan itu terus diusahakan, sekali gus menyumbang kepada pengeluaran makanan negara.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah itu mampu mengoptimumkan penggunaan tanah serta mengurangkan kebergantungan pada import makanan.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke projek penanaman padi Tanjung Purun di Lundu hari ini, beliau berkata pemilik tanah tidak perlu menjual tanah mereka kepada mana-mana pihak, sebaliknya boleh menyewakannya kepada syarikat atau pengusaha yang berminat untuk membangunkan kawasan berkenaan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back