KUCHING - Lima individu cedera selepas kereta yang dinaiki terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit sedalam kira-kira 10 meter berhampiran Wisma Sabati, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerima panggilan kecemasan pada jam 3.35 petang.
Setibanya di tempat kejadian, seorang pemandu didapati masih terperangkap dalam kenderaan manakala seorang lagi mangsa berada di dalam parit.
Tiga mangsa lain, iaitu seorang wanita dan dua kanak-kanak, telah dikeluarkan lebih awal oleh orang awam.
Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap sebelum menyerahkan dua lelaki dewasa kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, wanita dan dua kanak-kanak berkenaan dibawa ke hospital oleh ambulans Bulan Sabit Merah Malaysia.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back