• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 April 2026 | 08:57 AM

Diplomasi Peringkat Tertinggi Buahkan Hasil, Kapal Malaysia Peroleh Laluan Selamat

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar (Wisma Putra) hari ini mengesahkan sebuah daripada tujuh kapal komersial milik Malaysia yang terkandas di Selat Hormuz berikutan ketegangan di Asia Barat, telah dibenarkan meneruskan pelayaran melalui laluan selamat.

Kapal berkenaan kini dilaporkan sedang menuju ke destinasi terakhirnya selepas melalui kawasan yang menjadi tumpuan konflik serantau tersebut.

Menurut kenyataan rasmi Wisma Putra, perkembangan positif ini merupakan hasil daripada inisiatif diplomatik peringkat tinggi yang digerakkan oleh kepimpinan negara.

"Kejayaan ini adalah susulan perbualan telefon konstruktif antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada 26 Mac lalu, selain rundingan berterusan antara Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan sejawatnya, Abbas Araghchi pada 24 Mac," jelas kenyataan itu.

Terdahulu pada Isnin, Kedutaan Iran di Malaysia menerusi satu hantaran di platform X mengesahkan pelepasan kapal pertama milik Malaysia tersebut.

Pihak kedutaan menyifatkan tindakan itu sebagai bukti hubungan akrab antara kedua-dua negara dengan menyatakan, "Kami telah menyatakan bahawa Republik Islam Iran tidak melupakan rakan-rakannya."

Kerajaan Malaysia kini terus memantau rapi situasi di Asia Barat bagi memastikan baki kapal-kapal komersial lain yang masih berada di kawasan tersebut berada dalam keadaan selamat dan dapat meneruskan operasi tanpa gangguan.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok