Kuala Lumpur – Seramai 224 petugas perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah dipilih sebagai Petugas Haji (Perubatan) bagi musim haji tahun ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Hanifah Hajar Taib menerusi hantaran di laman Facebook rasminya berkata, petugas berkenaan terdiri daripada doktor, pegawai perubatan, ahli farmasi serta jururawat.
Menurut beliau, kesemua mereka akan berperanan memberikan rawatan dan penjagaan kesihatan kepada jemaah haji Malaysia, selain memastikan tahap kesihatan jemaah sentiasa berada dalam keadaan baik sepanjang musim haji.
Beliau turut menyifatkan kehadiran pasukan tersebut sebagai cerminan komitmen berterusan KKM dalam memastikan kebajikan serta keselamatan kesihatan jemaah haji negara sentiasa menjadi keutamaan.
Penerbangan pertama rombongan petugas haji dijadualkan bermula pada 9 April ini dan akan dilaksanakan secara berperingkat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back