• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 April 2026 | 12:50 PM

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Meriahkan ‘The Music Run’ AFFIN KL 2026 April Ini

Kuala Lumpur – Acara larian ‘The Music Run’ oleh AFFIN Kuala Lumpur 2026 bakal menampilkan Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, di Stadium Nasional Bukit Jalil, 18 April ini.

AFFIN dalam kenyataannya memaklumkan bahawa, acara larian yang turut dikenali sebagai “Asia’s Fittest Party” itu bukan sekadar larian biasa.

Sebaliknya, larian santai sejauh lima kilometer itu dipacu oleh muzik, dengan setiap langkah peserta diiringi runut bunyi yang mengasyikkan sepanjang laluan.

Ia dijangka akan menghidupkan suasana stadium sebagai ruang dinamik yang menggabungkan elemen kecergasan, muzik dan komuniti dalam suasana penuh bertenaga.

Semenatara itu, penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada acara berkenaan, dijangka menjadi antara tarikan utama, menerusi persembahan istimewa yang bakal menghiburkan para peserta. 

Selain beliau, barisan artis lain yang ditampilkan bagi edisi tahun ini juga turut menghimpunkan gabungan bakat merentas genre, sekali gus meraikan kepelbagaian serta kekayaan landskap muzik Malaysia. 

Antara yang bakal membuat persembahan termasuk penyanyi muda Talitha, artis hip-hop Irene Catalina, penyanyi rap Lil J, DJ Mister Rodrigo, Kaiza dari Jambu Jambu Asia serta DJ No Yeti.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok