KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 15 April 2026.
Langkah ini bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kemampanan bekalan tenaga negara berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan inisiatif ini selaras dengan Inisiatif Sokongan Rakyat, termasuk penyelarasan kuota subsidi BUDI MADANI 95 kepada 200 liter sebulan dan penguatkuasaan had pengisian diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak, dan Labuan.
Kerajaan menegaskan langkah ini bertujuan menjamin kelancaran operasi sektor awam dan GLC, sambil memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga bahan api global.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back